Friday, 24th May 2013
Homepage > Archives

Sijil Eksekutif Saintifik Halal : Ke arah Memupuk Modal Insan Berkemahiran Tinggi

Attention: open in a new window. PDF Print E-mail
Seiring dengan aspirasi YAB Perdana Menteri Malaysia untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi menjayakan Model Baru Ekonomi (MBE), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan program Sijil Eksekutif Saintifik Halal (CHSEP) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Taman Teknologi Malaysia (TPM) pada 27 Februari lalu. Majlis yang berlangsung di Hotel Concorde itu telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM, Profesor Dr Norsaadah Ismail. Hadir sama, Penolong Naib Canselor Keusahawanan UiTM, Profesor Dr Razmi Chik. Progam julung kali ini ditawarkan oleh Akademi SME dan Pembangunan Keusahawanan Malaysia (MASMED) UiTM, melibatkan seramai 24 mahasiswa UiTM dan seorang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Program dijangka akan berlangsung selama lapan bulan itu, bermula dari 19 Februari dan berakhir pada 20 Oktober 2012.