Thursday, 23rd May 2013
Homepage > Archives

Pengundi Baru Di Kalangan Pelajar UiTM Shah Alam Meningkat

Attention: open in a new window. PDF Print E-mail
Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang begitu proaktif menarik pelajarnya mendaftar sebagai pengundi baharu. Sehubungan dengan itu, UiTM Shah Alam telah berjaya menarik lebih 45 000 pelajarnya untuk mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh tujuh bulan. Kejayaan tersebut dicapai hasil tindakan pengurusan UiTM, dengan menjalankan beberapa aktiviti yang memberi kesedaran tentang tanggungjawab mengundi melalui kios dan lawatan dari kuliah ke kuliah. Warga kampus yang masih belum mendaftar hendaklah segera berbuat demikian, sebagai memenuhi tanggungjawab dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Syarat-syarat layak mendaftar sebagai pemilih: (Sumber: www.spr.gov.my)
  • Warganegara Malaysia
  • Mencapai umur 21 tahun
  • Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa