Thursday, 17th May 2012
Homepage > Archives

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-13 Menyatukan pakar-pakar terjemahan dunia

Attention: open in a new window. PDF Print E-mail
Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Akademi Pengajian Bahasa (APB) telah mengadakan Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-13 dengan kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertempat di Hotel Concorde Shah Alam.

Tema persidangan pada kali ini ialah “Globalisasi Melalui Terjemahan : Pemangkin Pengetahuan dan Kecemerlangan Teknologi”. Persidangan ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran idea, pengetahuan dan pengalaman, menggalakkan kerjasama antara ilmuwan, pakar bahasa, penterjemah, penulis, penerbit, pengarang, pendidik dan pelajar dari dalam dan luar negara serta untuk meneroka maklumat terkini, teori dan teknik dalam bidang terjemahan bagi meningkatkan kualiti bahan yang diterjemahkan.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 19 hingga 21 Julai 2011 ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Pada majlis yang sama, beliau turut merasmikan pelancaran terbitan terbaharu Siri Pembangunan Penterjemah ITNM hasil kerjasama ITNM dengan Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).