Majlis Perasmian Konferensi Kebangsaan Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar 2011
|
|
Fungsi dan tanggungjawab staf di bahagian akademik atau staf pentadbiran universiti kini makin bertambah apabila perlu memikirkan bagaimana cara untuk menghasilkan graduan yang benar-benar berkualiti dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.
Mesej ini disampaikan oleh YB Dato’ Seri Mohd Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ketika merasmikan Konferensi Kebangsaan Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar 2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM, Shah Alam.
“Dalam kita menjayakan tugas dan tanggungjawab kita itu, maka kita akan dapat menyumbang kepada peranan dan tanggungjawab yang lebih besar seperti yang diharapkan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara kita iaitu selain daripada mencipta ilmu, menjana kemewahan melalui inovatif, juga penting usaha-usaha kita untuk melahirkan modal insan sebagaimana yang diperlukan negara”, tambah beliau lagi.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ab Rahim Md Nor, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, YBhg. Dato’ Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, FASc, Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Alumni (HEPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Konferensi Kebangsaan Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar 2011.