PTAR - Perpustakaan Tun Abdul Razak |
Terima kasih kerana berminat untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan PTAR. Untuk menggunakan bahan-bahan dalam koleksi kami, sila rujuk kepada Laman Web Rasmi kami. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkenaan bahan-bahan dan perkhidmatan yang disediakan.
Perpustakaan Tun Abdul Razak,
Universiti Teknologi MARA, 40450, Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Tel : +603-55443718 / 3716 / 3763
Faks: +603-55443730
Laman Web Rasmi: http://library.uitm.edu.my
Perpustakaan ini tidak hanya menyimpan maklumat penyelidikan mahupun menyediakan bahan-bahan pembelajaran semata-mata. Ia juga merupakan pusat bagi para pelajar berkumpul untuk perbincangan, berdialog dan lain-lain yang berkaitan dengan proses pembelajaran untuk memperkayakan pengalaman mereka sepanjang bergelar mahasiswa.
PTAR ditubuhkan pada tahun 1960 di bawah payung Rural and Industrial Development Authority (RIDA) di Petaling Jaya. Setelah bangunan perpustakaan di kampus Shah Alam siap dibina, maka PTAR juga berpindah ke sini dengan diberi nama Perpustakaan Tun Abdul Razak 1. Kini jumlah koleksi PTAR telah melebihi 600,500 jilid dan naskah buku, risalah, kertas kerja, bibliografi dan pelbagai bahan-bahan bukan cetak dalam format mikrofrom. Ia juga menyimpan lebih kurang 5,000 judul majalah dan jurnal yang dilanggan dan juga daripada sumbangan pelbagai pihak. PTAR turut melanggan lebih daripada 50 pangkalan data dalam talian. PTAR 1 merupakan perpustakaan utama bagi rangkaian perpustakaan, dengan nama yang sama, di seluruh UiTM, seperti:
Perpustakaan di kampus negeri:
Academic Appointments |
Mou/MoA |