Jumaat, 24hb Mei 2013
Laman Utama > Penyelidikan & Penerbitan > Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI)

Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI)

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDF Cetak E-mel

Pengenalan kepada RMI

IRDC pada awalnya telah ditubuhkan untuk menguruskan hal-hal berkenaan penyelidikan, perundingan, perlindungan harta intelek dan pengkomersilan. Walaubagaimanapun, apabila jawatan Penolong Naib Canselor yang baru  diwujudkan pada bulan Mac 2008 bagi memegang portfolio harta intelek dan pengkomersilan, IRDC dengan itu telah diamanahkan untuk memperkemaskan inovasi dan menambahkan hasil penyelidikan yang mampu diterbitkan dalam jurnal-jurnal berimpak tinggi.

IRDC kemudiannya diberi nama baru, Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI). Sejajar dengan aspirasi UiTM ke arah Universiti Penyelidikan, RMI bertanggungjawab menggalakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi.

RMI mengadakan seminar, bengkel dan ‘roadshow’ untuk menggalakkan, memberi motivasi serta melatih staf akademik dan bukan akademik menjalankan penyelidikan dan perundingan, mendapatkan gran penyelidikan dan projek, menguruskan kewangan dan menerbitkan hasil penyelidikan dengan cara yang beretika.

RMI juga mengadakan pertandingan untuk menggalakkan inovasi dan reka cipta di kalangan warga universiti.

Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Telefon: 603-55442095
Faks: 603-55442096

Laman Web Rasmi: http://rmi.uitm.edu.my/