Profil Universiti |

UiTM telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi pada tahun 1956. Ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mempunyai sebanyak 15 buah kampus cawangan, sembilan kampus kota, tiga kampus satelit dan 21 buah kolej bersekutu, serta sebuah kampus pintar yang bakal didirikan. Dengan tenaga kerja seramai kira-kira 15, 000 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 300 buah program akademik dalam suasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi hampir 120, 000 orang pelajar.
UiTM sangat komited dalam membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pendidikan sehingga ke peringkat akademik yang tertinggi, juga dalam persiapan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Wawasannya ialah untuk memupuk kesarjanaan dan membina kecemerlangan akademik, agar mampu memimpin dalam apa juga arena. Walaupun masih muda berbanding universiti tempatan lain, UiTM memiliki reputasi sebagai salah sebuah universiti tempatan yang inovatif. Ia menjalinkan hubungan dengan pelbagai sektor industri yang menyuburkan lagi budaya penyelidikan dan inovasi serta keusahawanan di kalangan warganya.
Kini UiTM meneruskan usaha murni pemimpin dan pengasasnya terdahulu, meneroka dan menguasai pelbagai cabang ilmu untuk meraih gelaran universiti bertaraf dunia.
Academic Appointments |
Mou/MoA |