Kampus Universiti |
Tanggungjawab mengurus dan mendidik komuniti pelajar UiTM yang pelbagai dan semakin bertambah bilangannya telah memberi peluang kepada universiti untuk berkembang kepada sebuah kampus utama, dan beberapa buah kampus satelit, kampus negeri dan kampus bandar. Selain itu, universiti juga mempunyai kolej bersekutu yang juga menawarkan beberapa kursus-kursus UiTM.
Pembangunan kampus-kampus ini memberi peluang kepada lebih ramai Bumiputera di seluruh Malaysia supaya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan diharapkan dapat mencapai pembangunan ekonomi dan sosial lebih baik.
Kampus utama universiti di Shah Alam dimulakan dengan peletakan batu asas pada 14 Oktober 1967 oleh Tun Abdul Razak, dan pada pertengahan tahun 1970an, kampus ini telah pun beroperasi sepenuhnya. Kampus ini merupakan pusat dan tumpuan utama pembangunan dan perkembangan universiti kepada satu jaringan kampus yang besar. Kampus ini terletak di pusat bandaraya Shah Alam dan oleh itu, kemudahan awam dan perkhidmatan awam mudah diperolehi. Lokasinya juga sangat strategik, berdekatan dengan lebuhraya utama menghubungkan Shah Alam dengan pusat-pusat bandar yang lain. Selain itu, Shah Alam juga merupakan pusat teknologi maklumat dan aplikasi multimedia.
Kampus ini menempatkan program atau kursus-kursus yang lebih khusus kepada sesuatu bidang kepakaran dan berbeza dengan kursus yang ditawarkan di kampus negeri. Kampus di Jalan Othman adalah kampus yang tertua manakala kampus di Puncak Alam adalah kampus satelit yang baru sahaja dirasmikan pada bulan Februari 2010 yang lalu. Kampus Jalan Othman terletak di Petaling Jaya berhampiran dengan pusat bandar lama Petaling Jaya. Di sinilah UiTM bermula pada tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA. Puncak Alam menempatkan tempat kediaman yang mempunyai kemudahan moden bagi memupuk persekitaran paling kondusif yang akan memudahkan aktiviti-aktiviti pengajaran, pengajian dan penyelidikan. Ia dapat memberikan kemudahan bilik kuliah dan bilik makmal yang berkualiti dan berteknologi tinggi.
UiTM adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang mempunyai kampus negeri di setiap negeri di Malaysia. Kampus negeri yang pertama di Sabah bermula pada tahun 1973. Dalam masa 30 tahun, walaupun kebanyakan daripada kampus-kampus ini bermula di premis-premis sementara, penubuhan mereka telah dirancang dengan baik dan teratur.
Kampus-kampus ini tiada kemudahan penginapan dan ini bertujuan untuk menghulurkan latihan profesional dan program akademik kepada penduduk-penduduk di komuniti-komuniti tempatan.
KaryaOne 2013 |
Sekalung Tahniah |
Dua Tokoh Melayu Terbilang terima Ijazah Doktor Kehormat |
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-78 |
PM lancar Majlis Pecah Tanah UiTM Kampus Raub |
International Postgraduate Seminar 2013 |
Karnival Keusahawanan FSG 2013 |
iPoPS 2013 |
ICFC 2013 |
3rd RCTR |
Academia Appointments |
Mou/MoA |