Selasa, 21hb Mei 2013
Laman Utama > Berita Semasa > Panduan Aplikasi Pengesahan Bil Penggunaan Telefon Bulanan UiTM

Panduan Aplikasi Pengesahan Bil Penggunaan Telefon Bulanan UiTM

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDF Cetak E-mel
Pejabat Pengurusan Fasiliti dengan kerjasama Pejabat Teknologi Maklumat telah menyediakan satu sistem untuk membolehkan pengguna telefon UiTM mengesahkan Bil Penggunaan Telefon bulanan secara ‘online’. Sistem ini dinamakan sebagai myPhoneBill. Sistem ini akan menggantikan sistem pengesahan bil secara manual, di mana sebelum ini setiap bil akan dicetak dan diserahkan kepada setiap pegawai bertanggungjawab untuk pengesahan panggilan rasmi atau peribadi.

Sistem ini akan dijalankan secara berfasa, dengan fasa pertama akan melibatkan pengguna telefon di UiTM Shah Alam dan fasa seterusnya meliputi UiTM kampus cawangan yang akan ditetapkan dalam tempoh masa yang tertentu berdasarkan maklum balas pengguna pada fasa pertama.

Penggunaan Sistem MyPhoneBill telah diwartakan dalam Pekeliling Naib Canselor Bil 09 2012 dengan Tajuk: Panduan Aplikasi Pengesahan Bil Penggunaan Telefon Bulanan Universiti Teknologi Mara. Disertakan Pekeliling yang berkaitan serta panduan penggunaan  untuk perhatian dan rujukan.