FSKM Juara BSN Inter Varsity-Social Venture
|
|
Pada 28 Ogos lalu, Malaysian Academy of SME and Entrepreneurship Development (MASMED) telah menganjurkan BSN Inter Varsity-Social Venture Competition (BSN-SVC) peringkat Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Intekma Resort and Convention Center, Shah Alam.
Sebanyak 14 pasukan telah bertanding dan enam daripadanya adalah pasukan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Shah Alam. Dalam pada itu, dua pasukan FSKM Shah Alam telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir sekaligus mendapat tempat pertama dan kedua dalam pertandingan tersebut.
Sementara itu, lapan pasukan terbaik telah terpilih untuk mewakili UiTM menyertai pertandingan BSN Inter Varsity-Social Venture Competition (BSN-SVC) di peringkat kebangsaan, dan empat daripadanya adalah pasukan FSKM UiTM Shah Alam, iaitu TradiSIS, AD Star, Freezh dan Icy Coco.
Keputusan pertandingan akhir:
Tempat Pertama - FSKM (TradiSIS)
- Hadiah : RM800, hamper bernilai RM100 beserta sijil penghargaan.
- Penasihat : Nazrul Mohd Amin, Shamsimah Samsuddin dan Norazliani Md Lazam.
- Pelajar : Muhammad Aizat Zainal, Zue Nadiy Farhan Zu Hazren, Nur Aliyah Misri dan Megat Adam Idris Sonari.
Tempat Kedua - FSKM (AD Star)
- Hadiah : RM500, hamper bernilai RM100, sijil penghargaan.
- Penasihat : Noraini Manan, Zahrul dan Sh. Nazatul Shima.
- Pelajar : Nur Safirah Ahsanuddin, Hazwane Abdul, Nur Sakibah Rozali dan Siti Amalina Abdul Aziz.
Tempat Ketiga - SIFE UiTMTempat Keempat – UiTM Terengganu (Pemanis Agro-Social Venture)
