Jumaat, 24hb Mei 2013
Laman Utama > Berita Semasa > Sultan Selangor Berbuka Puasa Bersama Warga UiTM

Sultan Selangor Berbuka Puasa Bersama Warga UiTM

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDF Cetak E-mel
Shah Alam, 2 Ogos : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menghadiri majlis bacaan yasin, tahlil, berbuka puasa dan solat tarawih bersama-sama hampir seribu warga Universiti Teknologi MARA (UiTM), di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, semalam.

Baginda turut berkenan menyampaikan wang zakat kepada penerima asnaf, iaitu empat fisabilillah (RM500 setiap seorang), 10 miskin (RM700 setiap seorang), sembilan fakir (RM800 setiap seorang) dan tiga saudara baru/muallaf (RM400 setiap bulan). Baginda turut menerima cenderamata kenangan daripada pihak UiTM sempena penyampaian zakat tersebut.

Pada majlis sama, bacaan yasin dan tahlil khas juga diadakan untuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Paduka Bonda Raja Selangor, Almarhumah Raja Saidatul Ihsan binti Raja Bendahara Tengku Badar Shah serta Almarhumah Paduka Adinda Tengku Puteri Aishah. Majlis berkenaan telah dipimpin oleh Ustaz Haji Mohd Idris Haji Abdullah.

Turut hadir di majlis itu, Pengerusi Lembaga Pengarah, YBhg Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, barisan Pro Canselor UiTM, YBhg Tan Sri Arshad Ayub, YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Arshad, Tan Sri Dato’ Sri Sallehuddin Mohamed dan YBhg Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, serta Naib Canselor, YBhg Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, juga Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Prof Madya Dr Muhamad Rahimi Osman.