Kunjungan Hormat Naib Canselor ke pejabat Ketua Polis Negara
|
|
Pada 1hb Ogos 2012, YBhg Dato' Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, telah berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menemui YDH IG Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara di pejabat beliau. Semasa kunjungan hormat tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan berhubung aktiviti serta program yang telah dijalankan di UiTM, hasil daripada Memorandum Persefahaman yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. MoU yang dimeterai pada 14hb Julai tahun lalu merangkumi pelbagai bidang usaha sama, termasuk penawaran kursus kepada warga PDRM di bawah Akademi Kepolisan, aktiviti penyelidikan oleh pihak UiTM bagi tujuan penambahbaikan sistem penyampaian PDRM, penubuhan Pasukan Polis Bantuan UiTM, dan juga penambahan Kor SUKSIS di kampus UiTM di seluruh negara.
Turut hadir semasa sesi perbincangan tersebut, para pegawai dari UiTM dan PDRM.
