Khamis, 23hb Mei 2013
Laman Utama > Berita Semasa > FSPU Sumbang 11 Pingat di USM

FSPU Sumbang 11 Pingat di USM

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDF Cetak E-mel
Pelajar Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur telah memenangi sebanyak 11 pingat dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Baru 2012 (Novel Research and Innovation Competition (NRIC)), di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, 19 Julai lalu.

Sebanyak 10 pingat dimenangi dalam kategori Social Transform and Creative Art iaitu lima emas, dua perak dan tiga gangsa. Hanya satu pingat sahaja dimenangi dalam kategori Information Technologies and Communications iaitu pingat gangsa. Para pelajar yang terlibat dalam pertandingan ini adalah pelajar tahun akhir diploma dan ijazah sarjana muda.