Isnin, 20hb Mei 2013
Laman Utama > Berita Semasa > Kejayaan Atlet Memanah UiTM di World University Championship 2012

Kejayaan Atlet Memanah UiTM di World University Championship 2012

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDF Cetak E-mel
Pasukan memanah kompaun wanita telah memenangi pingat Perak untuk Malaysia di World University Championship 2012, di Cordoba, Sepanyol, yang telah berlangsung pada 4 hingga 7 Julai lalu. Acara kompaun wanita itu diwakili oleh atlet memanah Universiti Teknologi MARA (UiTM), iaitu, Fatin Nurfatehah Mat Salleh (SR113, Pahang) dan Norhayati Al-Madihah Hashim (AS233, Shah Alam). Sementara itu, bagi acara kompaun lelaki juga turut diwakili atlet memanah UiTM, iaitu, Kurniadi Muhtar (AS 202, Pahang). Seramai sembilan atlet daripada pasukan memanah Malaysia telah menyertai kejohanan yang penuh berprestij itu.

Tahniah diucapkan kepada Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Norhayati Al-Madihah Hashim. Semoga kejayaan ini terus membakar semangat para atlet UiTM yang lain untuk memburu pelbagai kejayaan dalam kejohanan sukan yang disertai.