Sabtu, 25hb Mei 2013
Laman Utama > Berita Semasa > Klinik Optometri Bergerak UiTM Pertama Dilancar

Klinik Optometri Bergerak UiTM Pertama Dilancar

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDF Cetak E-mel
Puncak Alam, 3 Julai - Perasmian majlis Enhancing Optometry Eye Care Service Through Innovative Teaching and Outreach Program dan pelancaran Klinik Optometri Bergerak UiTM yang pertama telah disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Naib Canselor, YBhg Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Penolong Naib Canselor UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana, Prof Dr Azizul Halim Yahya, Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Dr Hamzah Fansuri Hassan serta Koordinator Optometri, Prof Madya Dr Chen Ai Hong.

Dalam usaha mendekati rakyat, Klinik Optometri Bergerak UiTM akan membiayai perkhidmatan rawatan di samping memberi penjagaan mata yang terbaik kepada masyarakat yang lebih memerlukan, seperti orang kampung dan orang kelainan upaya. Makmal Pengajaran Hoya yang pertama di dunia juga ditubuhkan di Fakulti Sains Kesihatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, khususnya kepada pelajar Optometri UiTM.

Program pengajian optometri telah diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) negara sejak tahun 1980-an. Program Optometri UiTM pula mula diperkenalkan pada Jun 2006 dan sehingga kini mempunyai 175 pelajar.  Seramai 48 orang graduan Optometris Bumiputera telah mendapat tempat dalam industri berkenaan sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta.