Khamis, 17hb Mei 2012
Laman Utama > Berita Semasa

Berita Semasa

Yang Di-Pertuan Agong dimasyhurkan sebagai Canselor UiTM ke-4

Istiadat Pemasyhuran DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang keempat telah berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, pada 12 Mei 2012.

Perlantikan Seri Paduka Baginda adalah mengikut Seksyen 19A (2), Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173), yang menyebut Yang Dipertuan Agong secara langsung akan dilantik sebagai Canselor UiTM sepanjang tempoh pemerintahannya.

Pemasyhuran yang turut dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah itu, disempurnakan dengan bacaan watikah dan penyerahan watikah perlantikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Istiadat Konvokesyen ke-76 juga berlangsung pada hari yang sama sebaik tamat istiadat pemasyhuran. Sidang pertama di UiTM Shah Alam melibatkan 1,030 graduan, yang terdiri daripada 40 graduan Doktor Falsafah dan 990 graduan Sarjana. Penganugerahan ijazah telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Canselor UiTM yang baru.

Secara keseluruhannya, seramai 16,326 graduan menerima ijazah masing-masing pada istiadat konvokesyen kali ini.  Selain daripada UiTM Shah Alam, istiadat konvokesyen juga berlangsung di semua kampus autonomi UiTM, iaitu, UiTM Perak, UiTM Perlis, UiTM Terengganu dan UiTM Sarawak.



 

Job Vacancy (Faculty of Medicine)

Job Vacancy (Faculty of Medicine)

For more information please click advertisement below :
(The information is hosted in Malay)

 

Job Vacancy (Administration)

Job Vacancy (Administration)

For more information please click advertisement below :
(The information is hosted in Malay)

   

Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia

Satu siri jelajah yang diberi nama “JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA 1MALAYSIA” ke seluruh Malaysia sepanjang Mei 2012 telah dianjurkan oleh Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB), sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dinaungi oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, program ini diadakan dengan tujuan utama adalah untuk membantu anak-anak golongan kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar untuk menyambung pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Bertempat di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam, acara pelepasan konvoi kenderaan atau flag off’ “JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA 1MALAYSIA” pada kali ini diadakan dengan penyertaan seramai lebih 70 orang sukarelawan, terdiri daripada pelajar dan alumni UiTM sendiri. Acara pelepasan tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi Abdul Malek.

Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) cetusan ilham Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar ini pada dasarnya menumpukan kepada usaha jitu UiTM bagi mengubah nasib anak Melayu dan Bumiputera miskin menerusi suatu proses pemindahan ilmu secara formal di UiTM.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dato’ Dr Abdullah Mohd Said, perkara yang tersirat di sebalik program ini yang perlu dilihat ialah suntikan semangat dan dorongan yang diberi kepada masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah tentang peri pentingnya pendidikan tinggi untuk masa depan mereka.

Sebanyak 88 lokasi terpilih seluruh Malaysia akan dijelajah oleh pasukan GDAB. Selain dibiayai sepenuhnya tabung MDAB, program siri jelajah kali ini turut mendapat tajaan daripada pihak Affin Bank, Jakel dan KUB Malaysia Berhad.

 

Pertandingan Mencipta Lirik & Lagu Bulan Inovasi UiTM 2012

Jabatan Komunikasi Korporat dengan kerjasama Fakulti  Kejuruteraan Awam dan Fakulti Muzik mempelawa seluruh warga UiTM (staf dan pelajar) untuk mengambil bahagian dalam pertandingan mencipta lirik dan lagu sempena sambutan BULAN INOVASI UiTM 2012.

Tema : "Inovasi Pemacu Teknologi Global"
Tarikh tutup : 28 Jun 2012 (Khamis) jam 5:00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Borang dan Syarat pertandingan :


(Klik untuk besarkan)

   

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL