Sabtu, 25hb Mei 2013
Laman Utama > Arkib

Tokoh Pustakawan Selangor 2012

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDF Cetak E-mel
Tokoh Pustakawan Selangor 2012 telah dianugerahkan kepada Profesor Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Yang Mulia Dato’ Profesor Dr Raja Abdullah Raja Yaacob. Beliau dipilih sebagai Tokoh Pustakawan kerana telah banyak membina kemajuan dalam sistem perpustakaan, terutamanya di UiTM.

Beliau turut menerima wang tunai sejumlah RM10,000, sebuah I-pad serta warkah pengiktirafan sebagai tanda penghargaan, dan disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim, diiringi Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Puan Mastura Muhammad.

Penganugerahan ini disampaikan bersempena Pesta Buku Selangor 2012 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), 30 Jun lalu, di bawah anjuran PPAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor.