Ahad, 26hb Mei 2013
Laman Utama > Arkib

Mahasiswa Sahut Cabaran Orienteering 1Malaysia

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDF Cetak E-mel
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dengan Kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta dengan sokongan Majlis Perbandaran Pasir Gudang Johor telah menganjurkan program KPT-UiTM Cabaran Orienteering 1Malaysia 2012 bagi edisi ke-3 pada 6 hingga 8 April 2012, bertempat di Dataran Al Hamra, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.

Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat 1Malaysia di kalangan siswa siswi semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta membudayakan gaya hidup yang aktif. Seramai 2000 pelajar daripada IPT Awam, IPT Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti terlibat dalam program ini.

Program KPT-UiTM Cabaran Orienteering 1Malaysia dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti sampingan seperti Forum Perdana 1Malaysia, Malam Kebudayaan dan Program Khidmat Masyarakat. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, YBhg Prof Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said telah merasmikan majlis, manakala majlis penutup pula disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin.