Ahad, 26hb Mei 2013
Laman Utama > Arkib

15 Ahli Peripatetika UiTM Pamer Hasil Karya Seni

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDF Cetak E-mel
Pelancaran pameran Peripatetic-Malaysia-Australia Art Exchange Exhibition dan Pameran Solo Mohd Yusof Ahmad telah dirasmikan serentak oleh Ketua Pengarah, Balai Seni Visual Negara, Dato’ Mohd Yusof Ahmad di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, semalam (8 Mac 2012).

Pameran Peripatetic-Malaysia-Australia Art Exchange Exhibition merupakan hasil karya dan produk seni kreatif 15 pelajar pasca siswazah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM yang diketuai oleh Sumardianshah Silah beserta penasihat program, Prof Madya Dr Ruzaika Omar Basaree. Sebanyak 20 karya utama dan 50 hasil lakaran oleh 15 pelajar pasca siswazah itu dipamerkan sewaktu pelancaran berlangsung.

Pada majlis sama, pameran solo Dato’ Dr Mohd Yusof Ahmad (Pengarah INSPAG, UiTM) turut mempamerkan lebih daripada 30 karya yang menggunakan medium warna air (water colour) dalam saiz mini. Semua karya tersebut menceritakan pelbagai kisah beliau sewaktu membuat lawatan di beberapa buah negara seperti Sepanyol, Australia dan Sweden.

Orang ramai dijemput hadir melawat pameran yang disediakan.

Tarikh : 20 Feb – 20 Mac 2012                                                                                                                                      
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat)