Ahad, 26hb Mei 2013
Laman Utama > Arkib

Manual Pengurusan Peperiksaan UiTM

Perhatian: tetingkap baru akan dibuka. PDF Cetak E-mel
Naib Canselor, YBhg Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah merasmikan buku Manual Pengurusan Peperiksaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merupakan dokumen rujukan utama pengurusan peperiksaan, bersempena dengan Seminar Pengurusan Peperiksaan UiTM. Dato’ Naib Canselor turut menyerahkan buku manual tersebut kepada wakil-wakil seluruh kampus UiTM, fakulti dan pusat-pusat akademik.  Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg Prof Dr Azni Zain Ahmed. Majlis ini adalah anjuran Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan yang berlangsung pada 29 Februari lalu, bertempat di Intekma Resort and Convention Centre, Shah Alam.

Antara kandungan yang terdapat dalam buku Manual Pengurusan Peperiksaan UiTM ialah:
  • Garis Panduan Sistem Elektronik Jadual Peperiksaan UiTM (e-ExaTT)
  • Garis Panduan Pemantauan Proses Pengurusan Peperiksaan UiTM
  • Pembentukan Sistem Penilaian Kualiti Soalan Peperiksaan Akhir