Seminar Kebangsaan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) KE-15
|
|
Seminar Kebangsaan Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) ke-15 dengan tema pada kali ini “Pengguna Patriotik Pemacu Ekonomi Negara” menyediakan platform kepada para penyelidik untuk membentangkan hasil kajian dalam bidang kepenggunaan. Selain itu, melalui seminar ini peserta dapat mengupas dan membincangkan peranan nilai patriotisme kepada pengguna dan impaknya ke atas ekonomi negara.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Encik Mat Fauzi Awang. Pada majlis tersebut, beliau turut menyeru peserta seminar agar dapat memberi input kepada masyarakat supaya berbelanja secara berhemat mengikut keperluan sebenar. Seminar ini telah diadakan pada hari Selasa, 19 Julai 2011 bertempat di Hotel UiTM Shah Alam.